Tuesday, March 19, 2013

Tutorial : Format Windows Vista/7 pada laptop/PC.(tutorial bergambar)


Tutorial : Format Windows Vista/7 pada laptop/PC.(tutorial bergambar)

Malik Perang | 09:00 | 6comments

Salam.Mesti anda semua tertanya-tanya kenapa Malik buat entri ini sedangkan dah banyak entri tentang format laptop/pc ni di blog-blog dan website,jawapannya adalah kerana tutorial ini 
tutorial bergambar dan mungkin lebih mudah untuk difahami,jawapan kedua,tak perlulah anda menghantar laptop/pc anda itu ke kedai kerana anda boleh lakukannya sendiri di rumah selepas ini.

Apa yang anda perlukan sebelum anda nak format windows anda adalah sekeping CD/DVD windows vista/7 base system x86/x64 bit. Mari Mulakan.

On PC anda dan masukkan CD/DVD windows ke dalam cd/dvd Drive anda,tekan key ESC/F2 atau F8,F9kerana kebanyakan laptop/PC berlainan key untuk membuka "start up menu",seperti laptop Malik model HP G42 perlu tekan key ESC untuk membuka startup menu untuk memilih boot dari cd/dvd windowsyang telah dimasukkan tadi.apa itu boot? Kalau nak diterangkan mengikut definisi yang tepat amatlah panjang dan pasti ada yang kurang faham. Senang cerita,boot adalah semasa anda tekan button onlaptop/pc anda itu dan keluar paparan seperti dibawah.


1.Ini adalah paparan semasa proses booting.dan dibawah itu ada option untuk memilih startup menu.

2.Paparan ini pula akan keluar selepas anda tekan key ESC tadi dan inilah Startup Menu.Disini,Malik akan pilih Boot Device Option dengan menekan key F9.
(*Gambar diatas adalah paparan yang keluar pada laptop saya,HP G42.jika model laptop anda sama dengan saya ikut sahaja arahan yang diberikan ok,pada yang lain jangan risau setiap laptop/pc pasti ada startup menu dan anda cuma perlu mengikut arahan yang dikeluarkan samada tekan key delete,F2 atauF8.ok.)


 3.Ini adalah paparan setelah menekan key F9 iaitu Boot Option menu.dan pilih pada Internal CD/DVD ROM Drive.dan tekan ENTER.

4.Tunggu windows meloading files.

5.Starting Windows.


6.Klik Next.
 7.Klik Install Now.

  
8.Tunggu..

9.Klik accept dan Klik Next.

10.Pilih Custom Advanced kerana anda mahu Format windows asal anda yang ada pada partition Local Disk C.

11.Pilih partition yang anda nak format maksud saya partition yang mengandungi file windows asalanda.Seperti di gambar partition yang mengandungi file windows asal adalah Partition 2 bersamaanLocal Disk C.Klik Drive Option dan Klik Format dan Next.
(PERHATIAN!!:Pastikan anda memilih partition yang betul kerana jika anda mempunyai lebih dari satu partition boleh mengakibatkan kekeliruan dan akan tersalah format.)


 12.Ha bab ni yang berjanggut nak tunggu.Pada sesiapa yang merokok,mungkin anda boleh kehabisan satu kotak rokok semasa menunggu proses ini.hehe.Proses ini juga akan membuat laptop/PC andarestart berulang kali.Jadi sabar ye.

13.Ini paparan semasa windows dah nak complete Installation. Tengok aje la gambar-gambar di bawah ini.



 14.Setkan nama User Account anda.
 15.Set Password jika perlu.
 16.Klik Use Recommended Setting.
17.Setkan Network yang anda mahukan.

18.Selesai Proses tetapan.
 19.Tunggu sehingga Windows memaparkan Desktop anda.
20.Tadaaaa...Windows dah siap sedia untuk digunakan.Tapi ingat,banyak lagi kerja yang perlu anda lakukan selepas proses format ini seperti menginstall driver,software dan update windows anda.

Jadi sampai disini sahaja tutorial ini.Jika ada sebarang kekeliruan dan masalah,sila tinggalkan pertanyaan anda pada ruangan komen di bawah.Insyaallah Malik akan membantu anda yang semampunya.Salam Hormat.;)

No comments:

Post a Comment