dual boot windows 8
Mahu menggunakan Windows 8 tetapi pada masa yang sama ingin mengekalkan Windows 7? Lihat tutorial ringkas berikut :

Install Windows 8 dengan upgrade dari Windows 7

install windows 8
Cara yang default bila install Windows 8, di mana installation akan tindih Windows 7 sedia ada kepada Windows 8. Biasanya files2 dalam Windows lama akan disimpan di dalam folderWindows.old dan tidak ada cara lagi untuk akses Windows lama.
Cara2nya, run Setup.exe dalam ISO Windows 8. Masa install tu tiada option untuk pilih partition yang hendak install.
Tidak sesuai untuk dual-boot tapi sesuai untuk yang nak upgrade terus Windows 7 ke Windows 8.

Install Windows 8 dan dual boot dengan Windows 7

Dual-boot bermaksud menggunakan dua sistem operasi dalam satu komputer. Adalah possible juga untuk triple-boot atau quad-boot bagi pengguna yang advanced. Untuk dual-boot Windows 8 dan Windows 7, adalah baik jika anda telah mempunyai
- Windows 7 sedia ada dalam komputer
- Beberapa partition
Ini kerana untuk dual-boot, Windows hendaklah diinstall dalam dua partition yang berlainan. Contohnya, dalam C:\ ada Windows 7, maka bila hendak install WIndows 8 hanya perlu install dalam partition lain contohnya D:\ .
Untuk sediakan partition kosong dalam WIndows, sila rujuk tutorial ini.
dual boot windows 8 windows 7
Untuk dual-boot, sila mount atau extract ISO Windows 8 dan masuk ke dalam folder sources. Dalam folder sources pula, sila run Setup.exe .
dual-boot windows 8 windows 7
Masa proses Setup, pilih Custom : Install Windows only (advanced). Manakala option Upgrade pula bermaksud : install Windows 8 tetapi masih mengekalkan program, games, settings, wallpaper, shortcuts etc asal dalam WIndows 7 ke dalam WIndows 8.
Untuk dual boot; sila pilih option Custom ya.
dual boot windows 8 dan windows 7
Boleh pilih partition mana yang hendak install Windows 8. Kalau Windows 7 dalam C: kalau hendak dual boot install dalam partition D: E: F: dan lepas tu tunggu hingga proses installation bermula.
Alternatifnya, boleh install Windows 8 juga menggunakan USB pendrive bersaiz 4gig atau lebih. Install melalui bios (sebelum masuk WIndows) dan ikut step seperti di atas.
Untuk meletakkan installer Windows di dalam USB, saya cadangkan guna tool Rufus.

Download ISO Windows 8

Katakan anda sudah beli serial key original Windows 8 dan memerlukan ISO installer, anda boleh dapatkan ISO tersebut dari :
- Windows Upgrade Assistant, biasanya installer akan disimpan di folder C:\ESD\Windows (hidden folder)
- copy dari installer DVD original, copy dari installer MSDN, Technet dan sebagainya
Kalau hendak download dari sumber lain dari internet, elok guna installer yang ini
en_windows_8_x64_dvd_915440.iso (Windows 8 Pro English X64 64-bit)
en_windows_8_x86_dvd_915417.iso (Windows 8 Pro English X86 32-bit)
Mana-mana ISO boleh guna asalkan anda sudah beli key original daripada Microsoft dan malas guna Upgrade Assistant untuk download ISO.
ISO tu boleh juga burn ke dalam DVD jika anda mahu.

Pertama kali install Windows sendiri? Sila backup file2 penting terlebih dahulu, mana la tahu tersilap buat ke habis rosak Windows…merana juga. :P
Selamat mencuba! :)

Incoming search terms: