Tuesday, March 19, 2013

Linux : My new Environment Begins.. [Fedora 15].


Linux : My new Environment Begins.. [Fedora 15].

Malik Perang | 01:37 | 3comments



Assalamualaikum.Dengan gembira dan hati yang tenang,Malik mengumumkan,mulai 1 Februari 2012,Malik sudah pun menggunakan Sistem Operasi Linux pada komputer peribadi Malik iaitu Fedora 15.



Setelah sebulan mencari punca masalah pada partition harddisk komputer Malik,akhirnya dapat juga diselesaikan pada petang 1 Februari tersebut.hahak.Mari kita lihat persekitaran desktop Fedora 15 ini.

Tidak tahu apa itu Linux?
Sebelum anda bertanya pada saya,adalah baik anda bertanya pada Uncle Google,kerana beliau pasti akan dapat menjawab persoalan-persoalan anda.Bukan Malik tak mahu huraikan,tetapi sudah banyak entri berkaitan linux pada website dan blog-blog.Jadi eloklah anda kaji dahulu dan kemudian anda bincang disini bersama saya untuk menambahkan ilmu pengetahuan kita bersama.ok

Fedora 15 Application

 Google Chrome pun boleh install dalam linux la.


Fedora 15 Windows Display

Siape kata kat linux tak boleh layan movie? Ongbak Rindu mari ni ha.haha

Ok.Untuk pengetahuan anda semua,Malik masih lagi baru dengan linux ini.Jadi sesetengah pertanyaan mungkin tidak boleh Malik huraikan jawapannya dengan tepat.Tetapi,bukan bermaksud anda tak boleh tanya langsung ye.saya akan cuba belajar dan biasakan diri dengan Sistem Operasi Linux dan mengkaji sistem ini dari semasa ke semasa.Mungkin lebih banyak entri berkenaan pengenalan linux selepas ini(itupun kalau tak sibuk).Sekian Terima Kasih.

p/s:Sebenarnya semasa proses installation Fedora ni,ada terkacau system file Windows,Jadi,Windows da tak boleh buka dan sebab itulah saya nak buat entri tentang Fedora ni saja.hahak.peace!


No comments:

Post a Comment