Saturday, March 16, 2013

MENGENAL APA ITU CPU


MENGENAL APA ITU CPU

CERITA MENGENAI CPU  

CPU adalah singkatan dari Central Processing Unit, iaitu perkakasan komputer (harware) yang bertugas melaksanakan perintah dan memproses data dari perisian. Sering disebut sebagai pemproses, atau otaknya komputer. CPU itu sendiri adalah komponen dalaman komputer. CPU bentuknya kecil dansegi empat sama, mengandungi beberapa penyambung logam pada bahagian bawahnya untuk dimasukkan terus ke soket CPU pada motherboard. Setiap motherboard hanya menyokong jenis tertentu dari CPU sehingga anda perlu menyemak spesifikasi motherboard sebelum cuba untuk menukar atau mengupgrade CPU.secara umumnya CPU  juga dilekatkan heat sink dan kipas kecil yang dipasang terus di atas CPU untuk membantu menjaga agar tidak terlalu panas.Komponen CPU

CPU terdiri daripada tiga komponen, iaitu:- Control Unit, atau Unit Kawalan, bertugas sebagai pusat dari pengendalian komputer iaitu mengambil pelbagai data dan arahan daripada memori untuk diproses, memilih arahan yang berkaitan dengan fungsi logik dan aritmetik dan menghantarnya ke bahagian ALU untuk diproses, mengawasi kerja ALU, mengendalikan alat-alat-alat input output, dan membawa kembali hasil (output) pemprosesan ke memori utama.- ALU (Arithmetic and Logical Unit), berfungsi melakukan proses pengiraan aritmetik dan logik sesuai dengan Arahan program.- Register, berfungsi sebagai memori tempat simpanan data atau arahan yang akan diproses. Data dari memori utama (RAM) diambil dan ditempatkan di register, selanjutnya data dari registerlah yang diproses.


Kaedah Kerjakaedah kerja CPU Saat sebuah program akan dicapai, maka isi program tersebut yang berada di dalam harddisk diambil dan di masukkan ke RAM. Control Unit membezakan Arahan dan data, Arahan ditempatkan ke Program-Storage sedangkan data ditempatkan di Working-Storage. Selanjutnya arahan dan data di ambil oleh Control Unit di simpan di Register. Bila Arahan merupakan perhitungan logik atau aritmatika, maka ia dibawa ke ALU untuk diproses. Hasilnya akan ditampung di Accumulator. Control Unit akan mengambilnya dan membawanya kembali ke RAM yang kemudian di paparkan hasilnya ke alat output.
Senarai MicroPrcessor Yang Umum dikenaliBerikut ini senarai CPU yang umum dikenali:AMD: Athlon, Athlon 64, Athlon XP, Duron, Opteron, Sempron, Turion.ARM: ARM.Digital Equipment Corporation: V-11, MicroVAX 78032, CVAX, Rigel, Mariah, NVAX, Alpha, StrongARM.Elbrus: Elbrus-3.Fairchild Semiconductor: Clipper.Hewlett-Packard: Capricorn, FOCUS, PA-7000 ~ PA-8900, Saturn.IBM: IBM 801, Cell Processor, Broadway Processor.POWER: POWER 1 ~ 6, RISC Single Chip, p2sc.PowerPC-AS: A10, A25, A30, RS64.Intel: Itanium, Xeon, Core i5, Core i7, Core 2, Core, Pentium (Pro, MMX, II, III, 4, D, M, Dual-Core), Celeron, Atom.MIPS Technologies: R2000, R3000, R3000A, R4000, R4400, R6000, R8000, R10000, R12000, R14000, R16000.National Semiconductor: NS320xx.NEC: V20/V25/V40 dan V30/V33/V50.SPARC: SPARC.Texas Instruments: TMS1000, TMS1100, TMS7000, TMS9900.VIA: VIA, VIA C3, VIA C7, VIA Eden.Western Electric: WE-32000.Zilog: Zilog, Z80, Zilog Z8000.


Kepentingan Kipas Processor (Processor Fan)
Pentingkah kipas untuk processor ini? Kalau tidak dipasang boleh tak?

Sudah tentu kipas processor adalah sangat penting kepada processor. Sehinggakan kini telah ada “teknologi penyejuk processor menggunakan air” bagi menggantikan kipas processor ini. Masih tujuan yang sama iaitu untuk menyejukkan processor.

Pernah dibuat kajian supaya processor dihidupkan tanpa memasang kipas processornya sekali, kesannya processor tersebut hanya dapat bertahan selama beberapa minit sahaja, kemudian berasap dan terbakar. Ini kerana processor menjalankan operasi komputer pada keupayaan dan kelajuan yang sangat tinggi, pada setiap masa ia dihidupkan. Sebab itu semakin maju teknologi processor, semakin kuranglah tenaga elektrik (power consumption) yang digunakan, supaya processor tersebut dapat beroperasi dengan lebih laju.
Kipas processor yang tidak dipasang dengan ketat boleh menyebabkan kerosakan processor atau komputer “hang”. Oleh itu, pastikan kipas processor telah dipasang dengan baik sepertipanduan pemasangan kipas processor yang telah ditunjukkan. Anda juga boleh melihat kelajuan kipas processor di BIOS, sekiranya sensor kipas processor telah dipasang.

No comments:

Post a Comment