Saturday, March 16, 2013

fungsi motherboard


fungsi motherboard

Fungsi Motherboard dan Panduan Pemilihan Motherboard
Pengertian Motherboard dan Fungsi Motherboard
Motherboard ataupun mobo ialah papan litar elektronik yang berfungsi untuk menghubungkan semua perkakasan komputer yang dipasang padanya. Dengan kata lain, fungsi motherboard ialah sebagai pusat semua perkakasan komputer agar semua perkakasan komputer dapat berhubung diantara satu sama lain. Sebagai contoh; processor,ram, optical drive, mouse, keyboard, monitor dan semua perkakasan komputer dipasang dan dihubungkan menggunakan motherboard.
Terdapat berbagai-bagai jenama dipasaran contohnya ASUS, Gigabyte, Foxconn, Abit, Biostar dan lain-lain lagi. Harganya pula berbeza mengikut jenama, chipset, built-in ports, built-in graphics, slot dan lain-lain. Terpulang kepada pengguna untuk membeli yang mana sesuai dengan keperluan masing-masing.
Namun, pembeli mestilah peka dengan ciri-ciri “compatible” dan mengikut arus teknologi semasa. Sekiranya pembeli tersilap memilih motherboard yang sesuai, maka pembeli akan menanggung risiko kerugian. Lebih malang lagi sekiranya motherboard tersebut tidak compatible dengan hardware komputer yang lain, maka motherboard tersebut tidak dapat digunakan. Walaupun biasanya motherboard mempunyai jaminan setahun, tetapi kesilapan memilih motherboard tidak termasuk didalam jaminan ini.
Panduan Memilih Motherboard
Bagi mengelakkan kesilapan memilih motherboard, adalah disarankan untuk mengikut panduan pemilihan motherboard seperti di bawah:
1 – Socket Processor






Jenis Socket Processor pada motherboard tersebut mestilah sama dengan jenis processor yang hendak digunakan. Contohnya socket processor AM2 sekiranya menggunakan processor AMD X2.
2 – Frekuensi / Kelajuan RAM


Pastikan jenis, model dan RAM speed yang hendak digunakan adalah bersesuaian dengan motherboard yang hendak digunakan. Contohnya RAM DDRII PC6400 800MHz bermaksud RAM jenis DDRII, Model PC6400, Berkelajuan 800MHz.
3 – Keperluan IDE / SATA port
Sekiranya anda masih menggunakan hard disk/cd-rom dan seumpanya yang masih menggunakan IDE cable, maka anda perlulah memilih motherboard yang menyediakan sekurang-kurangnya 1 port untuk IDE cable.
Sekiranya anda ingin memasang satu set PC baru, maka disarankan anda memilih motherboard yang menyediakan banyak SATA port. Ini kerana kini IDE telah mula diganti dengan SATA, dan mungkin satu masa nanti IDE tidak akan digunakan lagi.
4 – Built-in port (VSL, F, GL)
Pilih built-in port mengikut keperluan. Kenali singkatan built-in seperti di bawah:
V – Built-in Video Card (Display port asas tanpa menggunakan graphic card tambahan)
S – Built-in Sound Card (6 atau 3 channel)
L – Built-in LAN/network
F – Built-in Firewire
GL – Built-in Gigabit LAN/network
5 – Additional Graphic Card Port
Disarankan supaya memilih motherboard yang ada PCIE port  untuk graphic card kerana AGP telah mula dipupuskan.
6 – Chipset dan Jenama
Terpulang kepada anda, biasanya motherbard yg menggunakan chipset intel dan AMD adalah mahal sedikit berbanding chipset Sis dan VIA. Begitu juga dengan jenama motherboard.

No comments:

Post a Comment